Monday 18 January 2016

Dewasa

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, aku sedari yang aku ni sebenarnya lebih banyak berangan daripada hidup dalam realiti. Mungkin sebab umur pun semakin meningkat dewasa dan tua, dah boleh fikir baik buruk. Hakikatnya, banyak cita-cita dan keinginan yang tidak tercapai yang terbit hanya sebagai cita-cita. Jadi, aku perlu berubah. Aku perlu hidup dalam dunia realiti hari ini. Hidup di zaman GST, nasi lemak sepinggan pun mahal, teh O limau ais dah RM3 secawan, harga kereta melambung tinggi dan hajat aku nak beli MyVi sejak dua tahun yang lalu masih belum tercapai sebab duit simpanan nak buat loan asyik terguna je, lesen kereta yang aku ambil tak habis-habis dari RM800 dah jadi RM1500, tiket bas-komuter-keretapi semua naik, kos sara hidup semua naik. Jadi, kau fikir aku harus hidup sebagai apa? Terpaksa menanggung hutang disebabkan menteri yang tak reti buat kerja yang tahu dia menzalimi rakyat? Macam tu? 

Baiklah, sebelum aku membuat cemuhan lebih panjang, eloklah kalau aku perbetulkan niat. Tujuan aku hidup ni sebenarnya apa. Apa yang kau nak sebenarnya? Nak salahkan kerajaan atau diri sendiri sebab tak tahu menguruskan kewangan diri sendiri? Tak ada tujuan hidup.

Teringat satu status Zul Fikri Zamir di facebook, katanya biarlah Malaysia ni nak jadi apa pun, harga barang nak naik macam mana pun naiklah. Yang penting kita ni sebagai pemuda, darah muda (Baca: Bunkface) sepatutnya kena lebih giat melawan, bukan sekadar duduk depan laptop mengadap facebook mencemuh menteri, tulis entri yang bodoh tapi diri sendiri sebenarnya tak bertindak. Itu namanya pemuda yang malas. Tahu dia mengecam orang.

Sentap tak?

Kahkahkah!

Dan aku sedari yang aku perlulah berpijak di bumi yang nyata. Jadi diri sendiri. Jangan ikut orang. Tak perlu beli MyVi sebab dah ada motor. Asal boleh pergi balik kerja pun dah cukup. Bersyukur dengan apa yang ada. Pedulikan kata orang, "Bila nak beli kereta?" atau "Belilah kereta, kan senang." Hidup ala kadar je la, tak payah nak berfesyen sangat. Dan kalau ada hujung minggu yang senggang aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah anak yatim ataupun buat kerja-kerja khidmat masyarakat, cewah. Ataupun aku duduk terperap dalam bilik je baca buku dan update status facebook dan upload gambar ke instagam atau buat kek.

Dan satu keinginan aku sejak tahun lalu, yang aku tak pernah teringin pun sebelum ni aku perasan yang jiwa aku sekarang ni minat dengan perkara-perkara seperti mendaki gunung, mengambil gambar, mendengar lagu-lagu Melayu dan Inggeris lama, membaca buku dan menonton rancangan travelog, membaca buku puisi Usman Awang dan mula bercita-cita untuk penuhkan jadual 2016 dengan backpacking. Aku terlalu asyik duduk di zon selesa, sesekali kena masuk hutan atau pergi tempat orang. Ya, aku perlu mengembara untuk mencari sesuatu, mencari hibernasi dan inspirasi gituh! 

Jadi, kembara aku yang pertama untuk 2016 ini adalah misi terjah backpack ke Hat Yai penghujung Januari ini insyaAllah. Aku perlu bergerak ke suatu destinasi lain untuk menikmati kehidupan di sudut yang berbeza, tempat orang. Semoga aku mendapat sesuatu hasil dari pengembaraan aku nanti.

Tamat. 
Catatan insan gelandangan di bumi Tuhan.


No comments: