Sunday, 20 May 2012

Hari Nakbah


Baru-baru ini, Facebook sekali lagi menjadi wadah untuk berkempen. Sekejap-sekejap Facebook dipenuhi warna kuning. Kemudian hijau. Dan adakalanya merah dan sebagainya. Namun, sejak kebelakangan ini rata-rata pengguna Facebook menggunakan gambar ini sebagai gambar profil mereka.

Gambar ini menunjukkan lelaki dan perempuan memakai pakaian atau topeng seorang banduan emnutup maata, yang dilarang pemakaiannya oleh kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin. Ini adalah sebagai tanda kita memperingati hari Nakbah yang jatuh pada 15 Mei setiap tahun.

Nakbah bermaksud malapetaka besar atau bencana. hari Nakbah merupakan hari bersejarah bagi penduduk Palestin, di mana hari tersebut merupakan kemuncak peristiwa Nakbah yang berlaku pada 15 mei 1948. Pada tarikh itu juga, negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menteri pertamanya, David Ben Gurion, iaitu hari di mana Israel mulai bertapak di dalam peta dunia.

Tahun ini merupakan hari ulang tahun ke-63 peristiwa Nakbah berlaku, dan sudah 63 tahun Israel merampas bumi Palestin. Ia adalah tragedi kemanusiaan terburuk yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tiada siapa yang berani menentang. Pada tragedi tersebut seramai lebih 800 000 rakyat Palestin diusir dari rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah itu hingga kini mencecah 5 juta orang dan mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara Islam.

Prophet Muhammat SAW said: "Who did not care about Muslim is not one of them."

Kita, yang jauh hanya boleh berdoa dan berharap penakhlukan itu segera berakhir. Walaupun tak mampu dari segi fizikal, doa adalah yang terbaik. Bukankah doa itu senjata kita?

Sunday, 13 May 2012

PBAKL 2012 yang dibekukan

Dukacita dimaklumkan bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012 pada tahun ini yang berlangsung pada minggu lalu telah dibekukan oleh saya untuk diri saya sendiri. Perkara ini terjadi kerana saya akan berhadapan dengan beberapa tugasan yang masih tertunggak, ujian, kuis selain perlu membuat persediaan untuk Department Week Carnival di fakulti. Biarpun sebelum itu cuti semester selama satu minggu, tetapi dah memang sikap orang Melayu suka bertangguh dalam melakukan kerja, inilah akibatnya.

Antara sebab lain, ekonomi saya sejak bergelar pelajar agak kurang (sangat) tidak stabil. Biarlah kawan-kawan semua bercerita tentang buah tangan terbaharu daripada Faisal tehrani, Perempuan Nan Bercinta, ataupun buku Kembara Sastera Nisah Haron yang sempat saya pegang dari milik orang lain, saya tak kisah walaupun sedikit cemburu sebab tak dapat pergi dan tak dapat beli buku baharu. 

Tetapi sebenarnya, tak payah tunggu pesta buku pun boleh beli buku bila-bila. Betul tak?

Sekian.