Monday 12 December 2011

Bogel Menuju Tuhan : Don't judge a book by it's title


Buku ini saya peroleh sewaktu jalan-jalan di Pesta Buku Selangor kira-kira lima bulan yang lalu. Saya fikir, sukar untuk mendapatkannya memandangkan buku ini buku 'underground' dan susah nak dapat di kedai-kedai buku MPH. Tapi, tak susah manapun untuk mendapatkannya di pesta buku. Buku ini terbitannya agak terhad.

Sebelum buku ini release di pasaran, saya selalu mengikuti perkembangan buku ini di facebook penulis, Zahiril Adzim dan blognya. Ternyata, buku ini sangat best dan ada kualitinya tersendiri. Buku ini merupakan himpunan antologi puisi serta catatan peribadi penulis di dalam blognya. Sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan penulis di blog, rasanya tentu ada yang sudah tahu apa yang akan diceritakan. Tetpi, bagi saya memiliki buku itu sendiri lebih baik. Kerana buku Bogel Menuju Tuhan ini adalah himpunan cerita-cerita terbaik sahaja. Kurang lebih buku Kentang - Saharil Hasrin Sanin yang pernah saya ceritakan dahulu.

Mungkin ada sesetengah pihak yang sengaja mengisukan perihal tajuk buku ini - Bogel menuju Tuhan. Saya ada membaca beberapa artikel di blog mereka-mereka yang tidak berkenan dengan tajuk. Orang kata tajuk biar gempak. Buku ini bukan buku 18SX, bukan buku lucah dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Dalam kebanyakan tajuk puisi, saya suka sekali Gagalnya Pemerintahan, Jangan Jadi Pelakon Malas, Kita Peniru Profesional, Toleh dan Percubaan Rampasan Roh Dari Belakang. Saya amat tertarik dengan catatan Percubaan Roh Dari Belakang. Garapan yang saya kira sangat baik. Bagaimana Zahiril Adzim menceritakan ada sesuatu benda pelik atau fikiran yang negatif sedang mengganggu beliau. Seolah-olah ada bisikan halus yang mengganggu fikiran. Perkara yang biasa dialami oleh sesiapa ketika sendirian, dalam gelap mahupun ketika tension. Selain itu, penulis tak lupa untuk mencatatkan beberapa kisah cinta tentang dia dan Sheera Aiyob (sekarang sudahpun sah menjadi isterinya). Selamat pengantin baharu!

"Bogel Menuju Tuhan adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, atu masa dahulu. Ia marupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku adalah hari-hari tidak berwarna, sebelum jingga."

P/s: Kalau boleh nak sangat tandatangan penulis di halaman pertama buku. Nak sangat!

4 comments:

azieazah said...

Salam dik,

menjawab soalan di blog Kak Azie, maaf memang tak leh ingat adress blog ibu Zahiril Adzim (Puan Zailan Yusoff). Dah ilang link tu.

Maaf ya.
anyway, thanks.

Siti Salha Rosman said...

Ok takpe. Nanti saya try cari sendiri. Salam perkenalan ye :)

Unknown said...

lama xberkunjung ke belog kamu dik...dah banyak perubahan.. n lama xupdate review buku2 baru...nice... dah ade belog len ke? untuk tempahan eh? http://dberriesbakes.blogspot.com/

Siti Salha Rosman said...

Alhamdulillah, dah ada blog lain khas untuk promote kek sahaja. Boleh la singgah di D Berries Bakes tu untuk tempahan atau saja cuci-cuci mata, hehe. FB page pun ada...